Thursday, 15 December 2016

The Nightscape of Light Sensation - Love Series

Selepas kejayaan memecahkan rekod dunia pada September lalu dengan 30,000 mawar LED, kali ini giliran orang Melaka pula untuk menyaksikan lebih 25,000 mawar LED di Dataran Pahlawan  bermula dari 15 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017 bermula dari jam 2 petang hingga 12 malam.

"The Nightscape of Light Sensation - Love Series" kali ni lebih istimewa sebab semua mawar tu akan bertukar-tukar warna dan akan ada pemandangan mawar putih berkelip mekar bersama salji yang akan turun dari langit.

Terdapat zon cinta untuk pasangan merakamkan kenangan abadi sambil menikmati keindahan ladang mawar bersama keluarga dan insan tersayang.

Tiket boleh dibeli di www.lightsensation.com.my pada harga RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan boleh dibeli secara eksklusif di 7-Eleven (seluruh Melaka, Johor, & Negeri Sembilan).

Layari Instagram atau Facebook Light Sensation​ untuk info lanjut.

The Nightscape of Light Sensation - Love Series
Tempat: Dataran Pahlawan, Melaka
Tarikh: 15 Disember 2016 - 2 Januari 2017
Masa: 2 petang - 12 malam



No comments:

Post a Comment

nuranizazazali.blogspot.com